Saturday, December 5, 2009

Cinta Bukanlah Mainan

PERHATIAN! Entri ini tersangatlah personal.

Cinta?? Apa yang aku tahu pasal cinta ini?? Aku bukanlah dokter cinta yang dapat faham segalanya mengenai cintan-cintun nie. Cinta yang aku fokuskan ini ialah cinta antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang lain. Masa aku sekolah dulu, kawan-kawan aku hampir semua sangapkan cinta, masing-masing mesti nak pasang at least sorang awek. Tapi, itu dulu masa sekolah. Zaman muda remaja dulu, banyak kisah cintan-cintun yang timbul yang mana kebanyakannya hanyalah cinta monyet.

Aku pun termasuk dalam golongan seperti yang di atas. Entah macam mana dulu, jika aku fikir-fikirkan balik, kelakar ada, ngok pun ada sebab terlalu inginkan kekasih hati walaupun diri nie serba kekurangan. Masa form 4, impian aku tercapai. Impian nak pasang awek sebab kawan-kawan semua ada awek, aku pun kena ada jugak.(Maaf, impian yg sangat silly). Pada mulanya, memanglah seronok, syok, bangga ibarat nak bagitau 1 dunia tapi mak ayah tak nak bagitau pulak.

Hubungan tu, berlanjutan sehingga sampai ke satu tahap, aku mula rasa sayang, mula nak pasang impian yang baru. Aku tak mahu kalau hubungan tu terberhenti separuh jalan sebaliknya, aku merancang sehingga ke masa depan. *Ceh, kecik2 dah gatai nak kawen*. Sepanjang perjalanan meningkat dewasa, aku mula belajar menghargainya, memahaminya. Syukur Alhamdulillah wanita yang aku kenali nie bukanlah wanita yang jenis pisau cukur, bersifat kebendaan, pentingkan paras rupa. Dia terima segala kekurangan aku dengan seadanya. Terima kasih awak. Disebabkan itu, bertambah-tambah penghargaan, sayang, cinta aku kat dia, semakin membakar impian aku untuk kekalkan hubungan.


Hampir 3 tahun 4 bulan penulis & dia

Namun, bukan semua kisah cinta itu indah, bukan semua hubungan berlalu dengan lancar. Pernah juga, hubungan kami hampir retak, hampir putus tapi mujur dapat kami pulihkan kembali. Apa yang aku pelajari, cinta is about kepercayaan (trust) & hormat (respect).

Awak, I'm sorry for being too hot-tempered, too impatient. I promise you, I'll never give you up. I want to know more about you. I would want to understand you more.

4 comments:

ween said...

so SWEET! wish u best of luck in ur relationship :)

Tia daNna said...

hope your relationship berkekalan!:)

eNaSaN said...

salam ziarah...

swEEt..cool



Gud LucK...

Afizzat said...

tima kasih suma..huhu