Saturday, December 12, 2009

Destinasi: Rimba Herba Perlis

Lepas kenduri tadik, lajak terus p Rimba Berba Perlis. Bagi sesiapa yang datang melancong ke Kedah @ Perlis, janganlah lupa singgah ke sini. Pelbagai jenis herba ada kat sini. Ada Derhaka Mertua, Lidah Jin Kuning, Berangan Babi, Tinggung Anjing, Periuk Kera, & macam-macam lagi la. Walaupun nama agak sedikit pelik, tapi herba-herba 2 ada kegunaan yang tersendiri. Ada yang baik untuk resdung, barah, tenaga batin, hilang kahak, buang angin (kentut), sakit perut, kayap, penyakit kulit & sebagainya.


Pintu Masuk

Sebab ape aku rekemen singgah?? Sebab keadaan kat situ fuh! sangat berangin, selesa, nyaman, hijau, sangatlah nature. Kalau stress otak akibat perjalanan jauh, tensi-tensi kesibukan bandar, singgah ke sini, insya Allah boleh mereleasekan semuanya. Tapi, ada bayaran plak nak masuk. RM1 untuk yang matang, 50sen untuk kanak-kanak.


Bayaran

Rimba Herba Perlis @ Taman Herba Perlis ditubuhkan Pejabat Perhutanan Perlis masa tahun 1998. Agak lama dah 2. Taman 2 seluas 12 hektar (bagi aku, sangat luas). Walaupun besar, jangan risau, pihak pengurusan ada sediakan tandas, tempat istirahat, tempat duduk bagi sesiapa yang mungkin nak hirup udara segar dalam taman 2.


Kemudahan Awam


Antara Herba Yang Ada


Ikut Peraturan Yang Ditetapkan

Ah, lupa. dalam perjalanan nak menghala ke Rimba Herba Perlis, anda akan melalui projek tanaman Harum Manis & Anggur. Buat masa sekarang nie, bukanlah musim lagi, so tak dapat nak bawak balik buah tangan.


Tanaman Anggur


Harum Manis


Cuti-cuti 1Malaysia!!!

0 comments: