Saturday, December 12, 2009

Destinasi: Taman Ular & Reptilia Perlis

Dari Rimba Herba Perlis, jangan lupa singgah Taman Ular Rekreasi Perlis. Kalau datang dari Kangar, anda akan melalui Taman Ular dulu sebelum sampai ke Rimba Herba. Bagi aku, taman ular nie kureng sket sebab masa aku p, diorang tak buat ape-ape aktiviti pun. So, tak dapat la nak merasa pegang ular letak atas bahu pastu menggedik-gedik tangkap gambar ngan ular 2. Just jalan-jalan aje dalam taman ular 2.


Curik-curik snap. Jangan sampai kena patuk sudeh...

Ape ada dalam Taman Ular & Reptilia tu?? Basically, mestilah ular. Pelbagai jenis ular yang dipamerkan. Ada Ular King Kobra, Ular Kapak Bodo, Ular Sawa Pendek, & ular yang diawet pun ada jugak.


Ulaq-ulaq yang diawet


Ular....Ah! Tak ingat nama plak


Hah nie ular sawa

Bayaran masuk, sedikit mahal. Untuk yang matang (dewasa), RM4 dikenakan, kanak-kanak pulak RM1. Bagi budak berumur bawah 4 tahun, masuk adalah PERCUMA! Tapi, bayaran tambahan sebanyak RM1 dikenakan untuk setiap kamera yang dibawa masuk & RM2 pula untuk handycam. Tapi, pandai-pandaila anda sembunyi kamera supaya orang kat kaunter 2 tak nampak. Syukur aku tak dikenakan cas pun. Ngeh ngeh. Buat jahat sekali-sekala.


Iguana


Buaya Darat sebenar???


Buaya Bermalas-malasan (JANGAN TIRU AKSI INI)



Selain ular, ada jugak buaya, buaya kecil, memerang, iguana, kura-kura, beruk, orang utan, beruang. ayam-ayam & itik-itik.

1 comments:

Anonymous said...

halo

kalau nak pergi dari kuala perlis ke kangar, agak2nya brape lame bole sampai dan kalau kita nak naik teksi, berapa dis cas tu?