Berbanding Korea, aku lebih tertarik nak tengok drama Jepun lagik. Best ohh ceta jepun. Most drama jepun yang aku tengok ada humour & nilai-nilai nya yang tersndiri. Meh aku nak kongsi-kongsi sket dengan hampa semua. (Ikut turutan aku mula tengok)
SATORARE
Drama nie boleh tahan lawak. Fauzan memperkenalkan ceta nie kat aku masa zaman sekolah dulu. Ceta pasal penyakit yang dipanggil Satorare. Penyakit nie agak unik. Pesakit Satorare, tak pernah tahu bahawa dia ada penyakit Satorare. Kenichi (seorang doktor) mengidap satorare. Ape yang unik nya penyakit nie?? Ape-ape saja yang Kenichi terfikir, cakap lam hati, semua orang sekeliling dalam radius ?? (xingat) boleh dengar ape yang dia cakapkan. Sebab 2 Kenichi tak boleh tau dia ada penyakit nie Kalau dia tau, nanti dia akan mengalami tekanan yang sangat besar sampai boleh bawa kepada bunuh diri. Pesakit Satorare nie kira jadi khazanah negara Jepun & lam ceta nie, ada 2 orang yang kena Satorare.
LIAR GAME
Drama yang agak serius. Kalau tak silap aku, tak dak kot lawak lam ceta nie. Ceta pasal sorang awek nie diberi 1juta yen oleh pihak yang tak diketahui untuk masuk pertandingan LIAR GAME. Dia tak dak pilihan lain melainkan masuk jugak pertandingan 2. Tapi malang buat awek nie, sifat dia yang terlalu jujur sejak kecik buatkan dia susah nak menipu. Dia mintak tolong mamat penipu besaq yang baru kuaq dari penjara untuk bagi dia menang liar game. Bagi yang suka teka-teki, boleh la tengok ceta nie. Heroin ceta nie pun cute giler...
HANAZAKARI NO KIMITACHI E (Hana Kimi)
Drama Jepun yang paling best yang aku tengok. Happening giler ceta nie. Lawak + kelakar + romantik + sedih. Kisah pasal sorang awek nie masuk ke sekolah budak-budak laki ensem untuk nak pujuk sorang mamat atlit nie untuk kembali ke arena lompat tinggi. Mamat 2 berhenti lompat tinggi sebab dia selamatkan nyawa awek 2. Sebab rasa terhutang budi 2 la awek 2 nak buat bagi mamat 2 masuk balik lompat tinggi. Tapi, bukan mudah bagi dia. Bibit-bibit cinta mula berputik semasa dia di sekolah 2.
MY BOSS MY HERO
Ceta pasal sorang mamat anak Ketua Yakuza Jepun yang agak bodoh. Kebodohan dia menyebabkan yakuza ayah dia rugi berjuta-juta yen. Jadi, ayah dia suruh dia masuk sekolah menengah kalau nak mewarisi legasi yakuza bapak dia 2. Ceta nie nak tunjuk bahawa yakuza pun kena pi sekolah jugak. Yakuza pun ada hati yang baik jugak. ada nilai-nilai kekeluargaan sikit lam ceta nie. Ada lawak + serius + sikit romantik.
HANA YORI DANGO (aka Boys Before Flower aka Boys Over Flower)
Ceta nie kalau versi Korea mesti ramai punye yang tau. Jalan cetanya masih sama macam ceta Korea 2. Kisah pasal sekolah budak-budak kaya yang dikuasai 4 lelaki yang diberi gelaran F4. Then, sorang awek masuk ke sekolah 2, mengubah ketua kumpulan F4 2 yang dulunya kira nak belasah orang. Bagi yang dah tengok versi korea, mesti kata hana yori dango nie tak best sebab hero-hero nya tak sekacak versi Korea. Awek (heroin) ceta nie pun tak la comel sangat. Tapi, lawak + romantik ceta nie.
MEI-CHAN NO SHITSUJI
Kisah pasal sekolah jugak nie. Kali nie, sekolah budak-budak perempuan kaya yang elit yang dinamakan St. Lucia Academy. Setiap pelajar sekolah nie merupakan pewaris kepada ahli-ahli business, orang-orang kaya. Setiap pelajar 2 jugak ada butler (orang suruhan) mereka yang tersendiri. Tugas butler 2 menjaga setiap pelajar perempuan sekolah 2. Then, sorang awek yang dia sendiri tak sangka bahawa dia pewaris kepada ahli business yang kaya-raya, diwajibkan masuk sekolah 2. Mula lah ceta yang penuh surprise nie.
ATASHINCHI NO DANSHI
Kisah pasal nilai kekeluargaan. Ceta nie mula ngan sorang minah nie yang kena tanggung beban hutang yang bapak dia pinjam dari ceti. Then, dia dibantu orang tua, Ohkura Sinzo untuk setelkan hutang dia. Tapi, awek 2 kena buat beberapa perkara yang tercatat dalam kontrak baru hutang dia dengan orang tua 2 dikira setel. Antaranya, dia kena kawin dengan orang tua 2 & jadi bini dia untuk sebulan, kena jadi mak kepada anak-anak angkat orang tua 2 lepas dia mati. Ceta nie aku tengok tak habis lagi. Baru tengok 6 episod dari 11. Heroin ceta nie ialah minah cute hana kimi & director ceta nie pun adalah director hana kimi.
So, bagi sesapa yang ada drama jepun (bukan anime) kongsi-kongsi la ngan aku. Sape-sape yang nak ceta yang mungkin hampa tak tengok lagi, boleh la mai bilik aku kat Cemara nie. @ boleh emel aje kat aku. Aku boleh tolong burn & poskan. TApi, kena la hulur fulus sket untuk urusan pengeposan. Bagi yang ada streamyx kat umah, daftar la diri kat syok.org. Lam 2, ada segala macam movie, drama, dari melayu, korea, jepun, omputih, Semua ada. Free pulak 2.







4 comments:
owhh...bleh eh tolong burn and pos? Charge bape eh? Sbb sy nk citer Mei-chan No Shitsuji tueh..
boleh..xda mslh..tp kn tgk tmpat nk pos jgk la..sy pn xsure sgt bpa iggt..klau area2 shah alam sng, boleh bg by hand aje..
hoho...byk nye citer jepun....ermmm..tapi lagi best citer korea la en. afizzat...
my boss my hero n liar game jer sy blom tgok lg.. rugi la x burn citer2 ni smua dlu..citer jepun memang best.. cik afizzat dh tgok blom hitaro no hikari, mr brain.. citer2 ni pn best jga
Post a Comment