Tuesday, December 8, 2009

Judi Perosak Institusi Kekeluargaan

Alhamdulillah relationship aku ngan Akma dah pulih. Tima kasih kat Ween, Atika & eNaSaN utk support korang. Ok direct ke topik kita hari nie. Judi, seperti yang kita tahu, sangatlah berleluasa di negara kita. Ada 3D,4D, Sports Toto apa menatang jadah lagi tah (sori aku bukan tau sangat). Perkara macam nie walaupun nampak macam remeh (yeka??), tapi kita patut pandang serius & jangan ambik mudah.


Baca camna menatang haram nie ek??

Honestly, aku pernah terlibat ngan unsur2 perjudian semasa sekolah rendah. Tapi, penglibatan tu bukanlah dalam keadaan yang sedar. Sebab teknik@approach yang digunakan untuk budak-budak sekolah lain sket. Ada kad gores, beli sekeping kad, gores & then kalau nasib baik, ada la rewardnya. Tapi kalau nasib malang macam Pak Pandir, "Terima Kasih, Cuba Lagi" kad tu akan kata. Ini judi la nie sebab kita mempertaruhkan duit kat perkara yang belum tentu lagi boleh dapat. Entah-entah semua kad "Terima Kasih".


Jauhi anak-anak kita dari gejala judi (cewah macam penulis dah ada anak)

Bila meningkat dewasa, Alhamdulillah aku dapat menjauhkan diri daripada gejala nie. Sekarang aku nak kongsi kat anda semua, kebaikan buruk yang bakal diperoleh daripada kegiatan judi nie. (Aduh, sori intro 'ter'panjang).

First & foremost, judi tu sememangnya HARAM, diulang HARAM di sisi agama Islam. So, bagi yang beragama Islam tu, sedarlah anda bahawa judi nie telah diharamkan sama sekali oleh agama kita.
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?”
Surah Al-Maidah: 90-91

Sebab apa, ianya diharamkan?? Antaranya ialah judi nie mengandungi unsur penindasan, penipuan, kebergantungan kepada nasib, mencetus permusuhan dan boleh menjejaskan ekonomi individu, masyarakat dan negara.[Sumber: Tazkirah Jumaat]

Aku ada sorang member, kira member kamcing la. Beliau ada menceritakan perihal satu keluarga nie yang hidup agak kesusahan disebabkan si bapa yang suka berjudi. Kalau tak silap, member dia kot. Kesan perjudian yang dialami keluarga tu agak perit la aku katakan. 1st, Si bapa seolah-olah tak pedulikan keluarga 2 sendiri. Menurut member aku, si bapa 2 selalu sangat keluar rumah,balik rumah pun tengah-tengah malam time suma isi keluarga dah tidur, jarang menghabiskan masa dengan keluarga, malah kebajikan keluarga pun dia dah tak jaga.

Jangan rosakkan ikatan kekeluargaan dengan JUDI

Fuh, aku dengar cerita tu terkejut jugak. Sampai ke tahap boleh abaikan keluarga. Dah la ketua keluarga. Katanya lagi,si bapa tu berhutang merata tempat, dengan Ah-Long Bukit Beruntung, bank, individu tertentu sehinggakan keluarga tu hidup seperti dalam pelarian (bukan la berpindah-randah). Dahsyat jugak kan kesan aktiviti perjudian nie. Sentuh balik pasal kisah aku masa sekolah rendah dulu, aku agak ketagih nak membeli kad-kad tu untuk dapat hadiah. Rasanya sebab itu la si bapa keluarga yang member aku cerita tu berhutang merata tempat kot. Terlalu ketagih judi@taik judi.

Ok, itu antara kisah dari member aku. Nak elaborate panjang, aku tak reti nak bercerita sangat & tak berapa ingat sangat dah kisah 2. Tapi, di sini aku ingin berpesan kepada para pembaca entri nie, JAUHILAH DIRI ANDA DARI JUDI SERTA PERKARA LAIN YANG ADA UNSUR-UNSUR JUDI. Kepada anak-anak remaja, fikir-fikirlah tentang pengorbanan ibu bapa kita, jangan susahkan hidup mereka dengan ketagihan judi. Kepada BAPA-BAPA,ibu-ibu & golongan yang dah ada famili 2, saya harap anda jangan dekati judi sebab judi boleh musnahkan institusi keluarga anda. Keluarga anda boleh jatuh bankrup hanya kerana perbuatan anda yang tidak bermoral itu.


Off topic: Tengah syiok mengarang, jadi gini lak laptop

Oh, lagi 1 perkara. Ketahuilah anda,jika anda menang RM1 juta sekalipun dalam perjudian anda itu, hidup anda tidak akan terjamin, tidak akan tenteram & paling penting, ianya HARAM. Carilah rezeki dari sumber yang halal. Biar susah, asalkan halal. Insya Allah hidup akan diberkati Allah S.W.T.

Akhir kata, JAUHI JUDI! JUDI MEROSAKKAN DIRI & KELUARGA!
Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan eksklusif dari afizzat[dot]blogspot[dot]com.

*Maaf jika sekiranya aku terkasar bahasa*

2 comments:

Nazrul Fazli said...

sesungghunya judi itu TOTO...(tipu orang takdak otak)..haha

Afizzat said...

haha i like that yun. gud 1..