Aduyai...Lama betol tak update blog nie. Berhabuk giler dah. Sejak ketiadaan Maxis Brukband di sisi, game Solitaire menemani. Bila dah lama tak online ie susah jugak ye. ak baca balik updates blog-blog yang aku follow. Sakit mata nie. Application U pun tak ketahuan lagik.
Hari nie mari kita mulakan dengan kes kamalangan Bas Sani Express 2 tingkat yang menggemparkan negara kita nie. Dimaklumkan bahawa pemandu bas 2 mengaku katanya terlelap semasa memandu. Akibatnya, 10 maut. Aku dapat tahu berita nie masa on the way ke Shahab Perdana sabtu sebab nak beli tiket. Dengar kot radio aja, diorang tak bagitau bas ape yang eksiden. Alangkah lekanya aku, aku terlupa nak tanya-tanya kat orang awam kat area shahab bas ape yang eksiden 2. Aku hanya terus membeli tiket bas Sani Express kerana harganya yang sama degan iket bas Transnasional (kira murah la 2).
Ok berbalik kepada eksiden tu. Situasi di negara kita, nila jadi aja eksiden maut, mulalah orang ramai nak hantar aduan-aduan, komen-komen yang marah kat pihak tertentu, yang menyalahkan pihak tertentu, Suruh buta itu, kuatkuasakan ini, saman, gantung, suma la. Persoalaannya, siapa yang patut dipersalahkan. Pada pendapat aku, tak adil la kalau pihak Sani Exress @ drebar bas tu aja yang dipersalahkan. Benda dah takdir, kita hanya perlu redha akan ketentuan Allah. Ini adalah 1 ujian Nya dan kita jangan la pula nak menuding jari salahkan mana-mana pihak , tapi sebaliknya, duduk berbincang cari jalan penyelesaian & laksanakan.
Dari eksiden tu, kita patut ambik pengajaran terutama sekali pihak pemandu bas. Eh, tapi bukan pemandu bas saja. Pemandu lori, kereta, motosikal, semualah, patut berjaga-jaga masa memandu. Dapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan, berdoa minta selamat sepanjang perjalanan.
Dalam kes perkhidmatan bas, aku rasa 2 orang drebar yang bertugas tu patut berehat dahulu bagi cukup & semasa dalam perjalanan, kedua-dua drebar tu sepatutnya bersembang-sembang la sikit. Drebar kedua jadi teman berbual drebar utama. Cara nie sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa mengantuk si drebar. Bab nie, tahniah buat drebar Transnasional (Changlun -> Shah Alam & Shah Alam -> Changlun) sebab diorang selalu berborak-borak semasa dalam perjalanan. Penumpang pun boleh ape sembang-sembang ngan drebar kalau tak boleh tido masa dalam bas 2.
0 comments:
Post a Comment