Thursday, December 31, 2009

Selamat Datang 2010

Entri tahun baru. Entri tahun 2010. Aku browse thru macam-macam blog, macam-macam jenis, pelbagai ragam, aneka bentuk azam yang dipasang. Time Awal Muharam tak nak pulak pasang azam. *Mungkin ada kot. Cuma aku tak onlinekan diri masa tu kot*Huhu.

Mungkin menjadi tradisi masyarakat sekarang. Bila nak masuk tahun baru, ape2 yang baru, ada aje azam nye. But when the time goes by, azam-azam 2 semua tinggal dalam loker baju, letak tepi rak kasut, tinggal belakang almari & dibiarkan berhabuk sebegitu sahaja tanpa usaha untuk menjayakan azam-azam tu sumua. Bukan semua, maybe ada certain people yang betul-betul cuba laksakan azam diorang.


Smart keta nie

Bagi aku pulak, tak pernah pulak nak pasang azam-azam. Hidup ibarat orang kata, "Go With The Flow".Haha. Serius macam tak dak hala tuju la pulak hidup aku nie kan.*whatever*. Tengah menaip, mak aku kasik 1 soalan retorik kat aku.

(Sambil TV 29 inci menunjukkan icon TV3 di penjuru kanan)
"Cuba la konsert-konsert macam 2 ganti dengan ceramah ka, forum ka, ada dak orang nak p ramai macam 2? Tobat pakat balik tengok live kat rumah ja"

Aku senyum gelak bersahaja. Ada betulnya jugak. Tiap-tiap kali nak new year aja, mesti ada konsert. Pernah jugak masjid berdekatan KLCC (masjid pe tah tak igt nama) sikit sangat orang yang hadiri ceramah kat situ sedangkan konsert tahun baru riuh rendah ramai manusia. *Ah, malas betol nak menaip haish...


Drama yg tgh menang banyak anugerah sekarang kat Astro 303

Baru aku perasan, pasal awal Muharram tak da pulak aku nak tulis kan. Haduh dok ngata sedap-sedap, rupanya diri aku nie pun sama ja.
Jadi, Selamat Pertengahan Muharram & Selamat Tahun Baru ya kawan-kawan.

Jom Makan Prosperity Burger

Akhirnya, tercapai jugak hasrat aku untuk 'melantak' Prosperity Burger McD. Haha. (Puas hati). Tima kasih akma sebab bawak pi Alor Setar. Tapi, aku plak kena belanja dia. Hampeh tol budak 2. Layan gambo aje la. *Sori gambo kureng sket. Pakai 6300 aja & aku masih lemah photo editing (tak kreatif).


Aku tamak...Haha. Eh, kami makan half-half, divide sama rata ok. Tapi sadly, prosperity ayam kureng sedap.

Belemoih bukan salah aku. Staf McD kalut membalut untuk costumer yang sangat ramai sampai melebih-lebih sos lada hitam dia.

Cubaan Macro Shot.*Haram tak jadi*

Jutaan terima kasih buat staf McD City Plaza Alor Setar kerana layanan mesra yang diberi walaupun terpaksa melayan customer yang mengejar McValue Lunch. Aku respek ah ampa semua. Boleh lagi mengukir senyuman.

Monday, December 28, 2009

Rock The World 9

Orang cakap, rugi kalau tak g Rock The World. Banyak band-band Malaysia, yang dari underground, indie, & macam-macam lagi la. Betul ke rugi aku tak g??

Jap nak fikir balik. Kalau aku nak pi, kena beli tiket RM27. Pastu tambang bas dari Sintok ke KL cincai-cincai kira, RM47. Then, kalau dah sampai KL, camna plak nak p Stadium BukiT Jalil ek?? Tak pe boleh naik LRT kan..Then enjoy-enjoy layan konsert dari kul 12 tgh panas sampai 12 tgh sejuk, cmna plak aku nak balik?? LRT bukan beroperasi dah pas 12am. Tak pe aku contact member yang ada, tumpang balik ngan diorang.

Kalau disummarizekan semua total atas 2, kira-kira RM100 aku berbelanja (termasuk makan). Kalau aku balik semula ke Sintok, tambah RM45 untuk tambang bas. Dah RM145 dah. Banyak 2. Lagi, makan masa pulak. Sintok ke KL 6 jam. Dok lepak kat konsert 12jam. Sekurang-kurangnya 24jam aku akan bazirkan kalau aku pi.

Aku buat ape yang menyebabkan aku 'rugi' xg Rock The World?? RM145 aku guna untuk repair Nokia 6300 aku yang rosak teruk akibat hujan & jadi mangsa aku lepas geram. 24 jam tu aku lepak aje kat rumah. Makan ketupat cicah rendang tok aku buat, makan nasi lauk rendang mak aku masak. Fuh!! masyuk beb. Rugi kalau aku tak makan.

So, aku dapat rumuskan bahawa, tak rugi pun aku xg Rock The World 2. Dah la start dari kul 12 tengah panas. Tak reti panas ka depa 2. Dah 2, habis kul 12 am, time aku tido. Ntah orang-orang yang menghadiri konsert 2 dengar ke tidak azan Zohor, Asar, Maghrib, & Isyak. Harap-harap semua yang hadir 2 tak terlalu leka sangat la ye..

Jom Layan Drama Jepun

Berbanding Korea, aku lebih tertarik nak tengok drama Jepun lagik. Best ohh ceta jepun. Most drama jepun yang aku tengok ada humour & nilai-nilai nya yang tersndiri. Meh aku nak kongsi-kongsi sket dengan hampa semua. (Ikut turutan aku mula tengok)

SATORARE



Drama nie boleh tahan lawak. Fauzan memperkenalkan ceta nie kat aku masa zaman sekolah dulu. Ceta pasal penyakit yang dipanggil Satorare. Penyakit nie agak unik. Pesakit Satorare, tak pernah tahu bahawa dia ada penyakit Satorare. Kenichi (seorang doktor) mengidap satorare. Ape yang unik nya penyakit nie?? Ape-ape saja yang Kenichi terfikir, cakap lam hati, semua orang sekeliling dalam radius ?? (xingat) boleh dengar ape yang dia cakapkan. Sebab 2 Kenichi tak boleh tau dia ada penyakit nie Kalau dia tau, nanti dia akan mengalami tekanan yang sangat besar sampai boleh bawa kepada bunuh diri. Pesakit Satorare nie kira jadi khazanah negara Jepun & lam ceta nie, ada 2 orang yang kena Satorare.

LIAR GAME



Drama yang agak serius. Kalau tak silap aku, tak dak kot lawak lam ceta nie. Ceta pasal sorang awek nie diberi 1juta yen oleh pihak yang tak diketahui untuk masuk pertandingan LIAR GAME. Dia tak dak pilihan lain melainkan masuk jugak pertandingan 2. Tapi malang buat awek nie, sifat dia yang terlalu jujur sejak kecik buatkan dia susah nak menipu. Dia mintak tolong mamat penipu besaq yang baru kuaq dari penjara untuk bagi dia menang liar game. Bagi yang suka teka-teki, boleh la tengok ceta nie. Heroin ceta nie pun cute giler...

HANAZAKARI NO KIMITACHI E (Hana Kimi)



Drama Jepun yang paling best yang aku tengok. Happening giler ceta nie. Lawak + kelakar + romantik + sedih. Kisah pasal sorang awek nie masuk ke sekolah budak-budak laki ensem untuk nak pujuk sorang mamat atlit nie untuk kembali ke arena lompat tinggi. Mamat 2 berhenti lompat tinggi sebab dia selamatkan nyawa awek 2. Sebab rasa terhutang budi 2 la awek 2 nak buat bagi mamat 2 masuk balik lompat tinggi. Tapi, bukan mudah bagi dia. Bibit-bibit cinta mula berputik semasa dia di sekolah 2.

MY BOSS MY HERO



Ceta pasal sorang mamat anak Ketua Yakuza Jepun yang agak bodoh. Kebodohan dia menyebabkan yakuza ayah dia rugi berjuta-juta yen. Jadi, ayah dia suruh dia masuk sekolah menengah kalau nak mewarisi legasi yakuza bapak dia 2. Ceta nie nak tunjuk bahawa yakuza pun kena pi sekolah jugak. Yakuza pun ada hati yang baik jugak. ada nilai-nilai kekeluargaan sikit lam ceta nie. Ada lawak + serius + sikit romantik.

HANA YORI DANGO (aka Boys Before Flower aka Boys Over Flower)



Ceta nie kalau versi Korea mesti ramai punye yang tau. Jalan cetanya masih sama macam ceta Korea 2. Kisah pasal sekolah budak-budak kaya yang dikuasai 4 lelaki yang diberi gelaran F4. Then, sorang awek masuk ke sekolah 2, mengubah ketua kumpulan F4 2 yang dulunya kira nak belasah orang. Bagi yang dah tengok versi korea, mesti kata hana yori dango nie tak best sebab hero-hero nya tak sekacak versi Korea. Awek (heroin) ceta nie pun tak la comel sangat. Tapi, lawak + romantik ceta nie.

MEI-CHAN NO SHITSUJI



Kisah pasal sekolah jugak nie. Kali nie, sekolah budak-budak perempuan kaya yang elit yang dinamakan St. Lucia Academy. Setiap pelajar sekolah nie merupakan pewaris kepada ahli-ahli business, orang-orang kaya. Setiap pelajar 2 jugak ada butler (orang suruhan) mereka yang tersendiri. Tugas butler 2 menjaga setiap pelajar perempuan sekolah 2. Then, sorang awek yang dia sendiri tak sangka bahawa dia pewaris kepada ahli business yang kaya-raya, diwajibkan masuk sekolah 2. Mula lah ceta yang penuh surprise nie.

ATASHINCHI NO DANSHI



Kisah pasal nilai kekeluargaan. Ceta nie mula ngan sorang minah nie yang kena tanggung beban hutang yang bapak dia pinjam dari ceti. Then, dia dibantu orang tua, Ohkura Sinzo untuk setelkan hutang dia. Tapi, awek 2 kena buat beberapa perkara yang tercatat dalam kontrak baru hutang dia dengan orang tua 2 dikira setel. Antaranya, dia kena kawin dengan orang tua 2 & jadi bini dia untuk sebulan, kena jadi mak kepada anak-anak angkat orang tua 2 lepas dia mati. Ceta nie aku tengok tak habis lagi. Baru tengok 6 episod dari 11. Heroin ceta nie ialah minah cute hana kimi & director ceta nie pun adalah director hana kimi.

So, bagi sesapa yang ada drama jepun (bukan anime) kongsi-kongsi la ngan aku. Sape-sape yang nak ceta yang mungkin hampa tak tengok lagi, boleh la mai bilik aku kat Cemara nie. @ boleh emel aje kat aku. Aku boleh tolong burn & poskan. TApi, kena la hulur fulus sket untuk urusan pengeposan. Bagi yang ada streamyx kat umah, daftar la diri kat syok.org. Lam 2, ada segala macam movie, drama, dari melayu, korea, jepun, omputih, Semua ada. Free pulak 2.

Jika Aku Diberi RM600

Entri yang saja suka-suka & takdak makna.

Ape yang hampa semua nak buat kalau diberi RM600???

Adakah hampa akan.......
  1. Pi Siam, beli moto sebijik kat sana. Pastu bawak balik Malaysia rempit jap dalam sehari dua then pi Siam jual balik moto 2. Pastu duit hasil jualan 2 bawak pi berjudi???
  2. Beli enpon Hi-Tech eg. SE C901???
  3. Derma???
  4. Bayar yuran sekolah@kolej@universiti???
  5. Belajar memandu kereta supaya dapat P???
Banyak sangat perkara yang kita boleh buat dengan RM600. Jumlah 600 bagi sesetengah orang mungkin tak banyak, tapi bagi aku, SANGATLAH banyak. Dalam banyak-banyak option yang aku terfikir, aku senarai 5 cukup la. Kalau banyak-banyak pun nanti hampa malas nak baca pulak.

Option 1


Seriusly, aku dengar ura-ura mengatakan moto kat Siam agak murah la. Ntah betol ke idak, aku tak pasti sebab aku tak pernah pulak pi Siam walaupun umah aku hanya 10 minit away from Siam. Tapi kalau betol, memang aku nak beli moto sebijik. Boleh merempit pi Alor Setar makan Prosperity Burger kar McD @ tengok Final Piala Emas Raja-Raja antara Perlis & Kedah malam nie (Go KEDAH!!!), @ pi Jitra Mall main bowling. Tapi kalau betul pun, waranti 2 boleh pakai ke idak kat Mesia nie. No plat camna plak???


Suzuki banyak dijual kat Siam

Sebab 2, pas beli 2 jual balik...Ah, takdak keja betol. Tapi part yang nak pi berjudi 2, say NO!! Ini adalah pesanan khidmat masyarakat dari aku sendiri, JANGAN MEMBODOHKAN DIRI BERJUDI!! Tak baek oh...(Ishk sori ter'emo' plak). Haram oh judi tu. Bagi sape-sape yang berjudi, tinggalkan tabiat 2 ye....


Option 2

SE C901 adalah salah 1 enpon yang aku nak sangat-sangat miliki pada ketika Nokia 6300 aku rosak buat hal. Ape yang bestnya C901 nie??? C901 bagi aku (berdasarkan review kat internet), adalah sangat bajet kepada yang ingin memilik enpon & kamera yang boleh snap gambar-gambar nak buat kenangan manis, masin, pahit, masam. Nak tahu lebih lanjut pasal enpon nie, baca kat [SINI]


SE C901


Option 3


Err....Ramai ka yang betol-betol nak derma. Mungkin ada tapi dermaan tu mesti takkan cecah total 600. Mungkin derma sikit-sikit dalam singgit, dua inggit. Xpe sikit pun asalkan nia ikhlas. Jangan derma RM600, heboh satu Malaysia panggil Media Prima (TV3, NTV7, 8TV, TV9), Astro Awani & Bernama buat liputan langsung pendermaan. Rugi aja derma. Pahala melayang, dosa riak plak yang dapat.

Option 4

Of coz aku nak bayar yuran. Walaupun aku pelajar tajaan JPA, yuran pendaftaran INTEC tetap kena bayar jugak. Jenuh semua nak harap JPA yang bayar kan. Syukur la diorang dah bagi biasiswa kat aku. Ada orang yang pertikai pihak JPA sebab diorang tak cover yuran pendaftaran tiap-tiap semester kena bayar sendiri. Aku mulanya pertikai jugak. Biasiswa ape tak cover yuran kan. Tapi mujur abang wakil JPA yang buat talk kat INTEC menyedarkan kebanyakan penerima biasiswa supaya bersyukur.

Option 5

Nak dapat lesen la  nie cukup mahal. Jadi, kalau aku dapat RM600, aku mungkin nak buat lesen keta.

Bukan lah semua 5 aku akan buat kalau aku dapat RM600. Tapi salah 1 sahaja. Tetap kena buat pilihan.

Kemalangan Sani Express

Aduyai...Lama betol tak update blog nie. Berhabuk giler dah. Sejak ketiadaan Maxis Brukband di sisi, game Solitaire menemani. Bila dah lama tak online ie susah jugak ye. ak baca balik updates blog-blog yang aku follow. Sakit mata nie. Application U pun tak ketahuan lagik.

Hari nie mari kita mulakan dengan kes kamalangan Bas Sani Express 2 tingkat yang menggemparkan negara kita nie. Dimaklumkan bahawa pemandu bas 2 mengaku katanya terlelap semasa memandu. Akibatnya, 10 maut. Aku dapat tahu berita nie masa on the way ke Shahab Perdana sabtu sebab nak beli tiket. Dengar kot radio aja, diorang tak bagitau bas ape yang eksiden. Alangkah lekanya aku, aku terlupa nak tanya-tanya kat orang awam kat area shahab bas ape yang eksiden 2. Aku hanya terus membeli tiket bas Sani Express kerana harganya yang sama degan iket bas Transnasional (kira murah la 2).

Ok berbalik kepada eksiden tu. Situasi di negara kita, nila jadi aja eksiden maut, mulalah orang ramai nak hantar aduan-aduan, komen-komen yang marah kat pihak tertentu, yang menyalahkan pihak tertentu, Suruh buta itu, kuatkuasakan ini, saman, gantung, suma la. Persoalaannya, siapa yang patut dipersalahkan. Pada pendapat aku, tak adil la kalau pihak Sani Exress @ drebar bas tu aja yang dipersalahkan. Benda dah takdir, kita hanya perlu redha akan ketentuan Allah. Ini adalah 1 ujian Nya dan kita jangan la pula nak menuding jari salahkan mana-mana pihak , tapi sebaliknya, duduk berbincang cari jalan penyelesaian & laksanakan.

Dari eksiden tu, kita patut ambik pengajaran terutama sekali pihak pemandu bas. Eh, tapi bukan pemandu bas saja. Pemandu lori, kereta, motosikal, semualah, patut berjaga-jaga masa memandu. Dapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan, berdoa minta selamat sepanjang perjalanan.

Dalam kes perkhidmatan bas, aku rasa 2 orang drebar yang bertugas tu patut berehat dahulu bagi cukup & semasa dalam perjalanan, kedua-dua drebar tu sepatutnya bersembang-sembang la sikit. Drebar kedua jadi teman berbual drebar utama. Cara nie sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa mengantuk si drebar. Bab nie, tahniah buat drebar Transnasional (Changlun -> Shah Alam & Shah Alam -> Changlun) sebab diorang selalu berborak-borak semasa dalam perjalanan. Penumpang pun boleh ape sembang-sembang ngan drebar kalau tak boleh tido masa dalam bas 2.

Saturday, December 12, 2009

Destinasi: Taman Ular & Reptilia Perlis

Dari Rimba Herba Perlis, jangan lupa singgah Taman Ular Rekreasi Perlis. Kalau datang dari Kangar, anda akan melalui Taman Ular dulu sebelum sampai ke Rimba Herba. Bagi aku, taman ular nie kureng sket sebab masa aku p, diorang tak buat ape-ape aktiviti pun. So, tak dapat la nak merasa pegang ular letak atas bahu pastu menggedik-gedik tangkap gambar ngan ular 2. Just jalan-jalan aje dalam taman ular 2.


Curik-curik snap. Jangan sampai kena patuk sudeh...

Ape ada dalam Taman Ular & Reptilia tu?? Basically, mestilah ular. Pelbagai jenis ular yang dipamerkan. Ada Ular King Kobra, Ular Kapak Bodo, Ular Sawa Pendek, & ular yang diawet pun ada jugak.


Ulaq-ulaq yang diawet


Ular....Ah! Tak ingat nama plak


Hah nie ular sawa

Bayaran masuk, sedikit mahal. Untuk yang matang (dewasa), RM4 dikenakan, kanak-kanak pulak RM1. Bagi budak berumur bawah 4 tahun, masuk adalah PERCUMA! Tapi, bayaran tambahan sebanyak RM1 dikenakan untuk setiap kamera yang dibawa masuk & RM2 pula untuk handycam. Tapi, pandai-pandaila anda sembunyi kamera supaya orang kat kaunter 2 tak nampak. Syukur aku tak dikenakan cas pun. Ngeh ngeh. Buat jahat sekali-sekala.


Iguana


Buaya Darat sebenar???


Buaya Bermalas-malasan (JANGAN TIRU AKSI INI)



Selain ular, ada jugak buaya, buaya kecil, memerang, iguana, kura-kura, beruk, orang utan, beruang. ayam-ayam & itik-itik.

Destinasi: Rimba Herba Perlis

Lepas kenduri tadik, lajak terus p Rimba Berba Perlis. Bagi sesiapa yang datang melancong ke Kedah @ Perlis, janganlah lupa singgah ke sini. Pelbagai jenis herba ada kat sini. Ada Derhaka Mertua, Lidah Jin Kuning, Berangan Babi, Tinggung Anjing, Periuk Kera, & macam-macam lagi la. Walaupun nama agak sedikit pelik, tapi herba-herba 2 ada kegunaan yang tersendiri. Ada yang baik untuk resdung, barah, tenaga batin, hilang kahak, buang angin (kentut), sakit perut, kayap, penyakit kulit & sebagainya.


Pintu Masuk

Sebab ape aku rekemen singgah?? Sebab keadaan kat situ fuh! sangat berangin, selesa, nyaman, hijau, sangatlah nature. Kalau stress otak akibat perjalanan jauh, tensi-tensi kesibukan bandar, singgah ke sini, insya Allah boleh mereleasekan semuanya. Tapi, ada bayaran plak nak masuk. RM1 untuk yang matang, 50sen untuk kanak-kanak.


Bayaran

Rimba Herba Perlis @ Taman Herba Perlis ditubuhkan Pejabat Perhutanan Perlis masa tahun 1998. Agak lama dah 2. Taman 2 seluas 12 hektar (bagi aku, sangat luas). Walaupun besar, jangan risau, pihak pengurusan ada sediakan tandas, tempat istirahat, tempat duduk bagi sesiapa yang mungkin nak hirup udara segar dalam taman 2.


Kemudahan Awam


Antara Herba Yang Ada


Ikut Peraturan Yang Ditetapkan

Ah, lupa. dalam perjalanan nak menghala ke Rimba Herba Perlis, anda akan melalui projek tanaman Harum Manis & Anggur. Buat masa sekarang nie, bukanlah musim lagi, so tak dapat nak bawak balik buah tangan.


Tanaman Anggur


Harum Manis


Cuti-cuti 1Malaysia!!!

Jalan-Jalan Makan Kenduri

Best siang tadik, p kenduri kat Taman Guru Jaya (tapi DJ kenduri 2 sebut bunyi Taman Berjaya). Makan-makan free, menggemukkan badan. Syukur kenyang except for the gulai daging, ada rasa macam besi sket (macam ridikulus kan, tp serius betul).


Pelamin Pengantin


Lagi Pelamin Pengantin


 Suasana Kenduri

Lepas makan, p jalan-jalan plak kat Taman Herba Perlis & Taman Ular Perlis. Overall, sangatlah penat.
Oh, ya!! Aku baru beli Windows 7 Ultimate yang berharga RM13 (err....).

Tuesday, December 8, 2009

Identiti Baru

Wah syiok betol aku. Setelah sekian lama aku browse Youtube, carik video tutorial ajaq aku nak buat logo guna GIMP 2.6 aku. Akhirnya, aku dengan kreatifnya buat logo senirik berdasarkan tutorial yang aku donlod dari Youtube.


Amacam, ok tak? *Keliling bulatan 2 sepatutnya lutsinar*
ai is for Afiq Izzat. Not Artificial Intelligence ok.

Judi Perosak Institusi Kekeluargaan

Alhamdulillah relationship aku ngan Akma dah pulih. Tima kasih kat Ween, Atika & eNaSaN utk support korang. Ok direct ke topik kita hari nie. Judi, seperti yang kita tahu, sangatlah berleluasa di negara kita. Ada 3D,4D, Sports Toto apa menatang jadah lagi tah (sori aku bukan tau sangat). Perkara macam nie walaupun nampak macam remeh (yeka??), tapi kita patut pandang serius & jangan ambik mudah.


Baca camna menatang haram nie ek??

Honestly, aku pernah terlibat ngan unsur2 perjudian semasa sekolah rendah. Tapi, penglibatan tu bukanlah dalam keadaan yang sedar. Sebab teknik@approach yang digunakan untuk budak-budak sekolah lain sket. Ada kad gores, beli sekeping kad, gores & then kalau nasib baik, ada la rewardnya. Tapi kalau nasib malang macam Pak Pandir, "Terima Kasih, Cuba Lagi" kad tu akan kata. Ini judi la nie sebab kita mempertaruhkan duit kat perkara yang belum tentu lagi boleh dapat. Entah-entah semua kad "Terima Kasih".


Jauhi anak-anak kita dari gejala judi (cewah macam penulis dah ada anak)

Bila meningkat dewasa, Alhamdulillah aku dapat menjauhkan diri daripada gejala nie. Sekarang aku nak kongsi kat anda semua, kebaikan buruk yang bakal diperoleh daripada kegiatan judi nie. (Aduh, sori intro 'ter'panjang).

First & foremost, judi tu sememangnya HARAM, diulang HARAM di sisi agama Islam. So, bagi yang beragama Islam tu, sedarlah anda bahawa judi nie telah diharamkan sama sekali oleh agama kita.
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?”
Surah Al-Maidah: 90-91

Sebab apa, ianya diharamkan?? Antaranya ialah judi nie mengandungi unsur penindasan, penipuan, kebergantungan kepada nasib, mencetus permusuhan dan boleh menjejaskan ekonomi individu, masyarakat dan negara.[Sumber: Tazkirah Jumaat]

Aku ada sorang member, kira member kamcing la. Beliau ada menceritakan perihal satu keluarga nie yang hidup agak kesusahan disebabkan si bapa yang suka berjudi. Kalau tak silap, member dia kot. Kesan perjudian yang dialami keluarga tu agak perit la aku katakan. 1st, Si bapa seolah-olah tak pedulikan keluarga 2 sendiri. Menurut member aku, si bapa 2 selalu sangat keluar rumah,balik rumah pun tengah-tengah malam time suma isi keluarga dah tidur, jarang menghabiskan masa dengan keluarga, malah kebajikan keluarga pun dia dah tak jaga.

Jangan rosakkan ikatan kekeluargaan dengan JUDI

Fuh, aku dengar cerita tu terkejut jugak. Sampai ke tahap boleh abaikan keluarga. Dah la ketua keluarga. Katanya lagi,si bapa tu berhutang merata tempat, dengan Ah-Long Bukit Beruntung, bank, individu tertentu sehinggakan keluarga tu hidup seperti dalam pelarian (bukan la berpindah-randah). Dahsyat jugak kan kesan aktiviti perjudian nie. Sentuh balik pasal kisah aku masa sekolah rendah dulu, aku agak ketagih nak membeli kad-kad tu untuk dapat hadiah. Rasanya sebab itu la si bapa keluarga yang member aku cerita tu berhutang merata tempat kot. Terlalu ketagih judi@taik judi.

Ok, itu antara kisah dari member aku. Nak elaborate panjang, aku tak reti nak bercerita sangat & tak berapa ingat sangat dah kisah 2. Tapi, di sini aku ingin berpesan kepada para pembaca entri nie, JAUHILAH DIRI ANDA DARI JUDI SERTA PERKARA LAIN YANG ADA UNSUR-UNSUR JUDI. Kepada anak-anak remaja, fikir-fikirlah tentang pengorbanan ibu bapa kita, jangan susahkan hidup mereka dengan ketagihan judi. Kepada BAPA-BAPA,ibu-ibu & golongan yang dah ada famili 2, saya harap anda jangan dekati judi sebab judi boleh musnahkan institusi keluarga anda. Keluarga anda boleh jatuh bankrup hanya kerana perbuatan anda yang tidak bermoral itu.


Off topic: Tengah syiok mengarang, jadi gini lak laptop

Oh, lagi 1 perkara. Ketahuilah anda,jika anda menang RM1 juta sekalipun dalam perjudian anda itu, hidup anda tidak akan terjamin, tidak akan tenteram & paling penting, ianya HARAM. Carilah rezeki dari sumber yang halal. Biar susah, asalkan halal. Insya Allah hidup akan diberkati Allah S.W.T.

Akhir kata, JAUHI JUDI! JUDI MEROSAKKAN DIRI & KELUARGA!
Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan eksklusif dari afizzat[dot]blogspot[dot]com.

*Maaf jika sekiranya aku terkasar bahasa*

Saturday, December 5, 2009

Cinta Bukanlah Mainan

PERHATIAN! Entri ini tersangatlah personal.

Cinta?? Apa yang aku tahu pasal cinta ini?? Aku bukanlah dokter cinta yang dapat faham segalanya mengenai cintan-cintun nie. Cinta yang aku fokuskan ini ialah cinta antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang lain. Masa aku sekolah dulu, kawan-kawan aku hampir semua sangapkan cinta, masing-masing mesti nak pasang at least sorang awek. Tapi, itu dulu masa sekolah. Zaman muda remaja dulu, banyak kisah cintan-cintun yang timbul yang mana kebanyakannya hanyalah cinta monyet.

Aku pun termasuk dalam golongan seperti yang di atas. Entah macam mana dulu, jika aku fikir-fikirkan balik, kelakar ada, ngok pun ada sebab terlalu inginkan kekasih hati walaupun diri nie serba kekurangan. Masa form 4, impian aku tercapai. Impian nak pasang awek sebab kawan-kawan semua ada awek, aku pun kena ada jugak.(Maaf, impian yg sangat silly). Pada mulanya, memanglah seronok, syok, bangga ibarat nak bagitau 1 dunia tapi mak ayah tak nak bagitau pulak.

Hubungan tu, berlanjutan sehingga sampai ke satu tahap, aku mula rasa sayang, mula nak pasang impian yang baru. Aku tak mahu kalau hubungan tu terberhenti separuh jalan sebaliknya, aku merancang sehingga ke masa depan. *Ceh, kecik2 dah gatai nak kawen*. Sepanjang perjalanan meningkat dewasa, aku mula belajar menghargainya, memahaminya. Syukur Alhamdulillah wanita yang aku kenali nie bukanlah wanita yang jenis pisau cukur, bersifat kebendaan, pentingkan paras rupa. Dia terima segala kekurangan aku dengan seadanya. Terima kasih awak. Disebabkan itu, bertambah-tambah penghargaan, sayang, cinta aku kat dia, semakin membakar impian aku untuk kekalkan hubungan.


Hampir 3 tahun 4 bulan penulis & dia

Namun, bukan semua kisah cinta itu indah, bukan semua hubungan berlalu dengan lancar. Pernah juga, hubungan kami hampir retak, hampir putus tapi mujur dapat kami pulihkan kembali. Apa yang aku pelajari, cinta is about kepercayaan (trust) & hormat (respect).

Awak, I'm sorry for being too hot-tempered, too impatient. I promise you, I'll never give you up. I want to know more about you. I would want to understand you more.

Thursday, December 3, 2009

Tutorial: Favicon Dalam Blogspot

Salam alaik.. Kali nie, aku nak ajar anda semua cara-cara nak buat favicon. Mesti anda tertanya-tanya kan favicon 2 ape kan(yg dh tau 2 plz bt2 xtau ye). Favicon nie sebenarnya icon kecik yang setiap website ada 2. Most of the website in the entire world nie ada their own favicon. Yelah sebagai untuk identiti web masing-masing.


Favicon di Firefox Penulis

First skali, anda buatlah lambang sendiri mengikut kreativiti masing-masing. Boleh guna Adobe Photoshop CS4 @ GIMP. Aku rekemen GIMP. Software best yg free. Support yang ori, no piracy!! (mcm la aku pakai ori semua).

Dah siap buat lambang@identiti sendiri, upload la gambar 2 kat mana-mana web seperti Flickr, Photobucket. Tapi untuk mudah, aku upload kat Picasa Web Album ja. Dah upload, identify link ke gambar yang anda uploadkan tuh.

Then, login blogger, p kat Layout>Edit HTML. Tak payah expand widget template pun xpa. Carik tag (guna Ctrl + F). Pas2 salin & tampal kod bawah nie sebelum tag 2.


Kelik gambar untuk pembesaran


Kelik gambar untuk pembesaran

Siap semua nya. Moga-moga membantu la ye tutorial nie. Favicon memberi identiti. Selamat mencuba ya....