Assalamualaikum & salam sejahtera. Hari Khamis lepas yakni kemarin, pihak Hospital Tengku Ampuan Rahmah datang INTEC buat kempen derma darah. Start pukul 10 pagi habis dalam pukul 3 ptg cam2 la. Tak sangka budak-budak INTEC nie dermawan belaka, ramai giler nak derma darah, termasuklah aku..Hehe..*Sori kejar masa sket. Layan gambO dah la ye*
Excited nak derma darah
Kakak 2 orang tu kontrol habes. (aku pun.Hehe)
Aku berdarah O. Baikkan aku, berkorban untuk orang lain.
Anis dengan darahnya
Nabil pun dengan darahnya.
Muka boring menunggu giliran.
Udah habis gambar. Banyak 2 ja kot yang aku ada. Nak gambar aku derma?? Sebenarnya, aku tak sempat pun nak derma darah aku yang sangat bernilai nie. Dah dapat borang-borang, cek darah, cek tekanan, amik beg darah pa semua siap dah. Tapi kena batal niat sebab aku ada kelas. Ada presentation pulak 2. 2 yg pakai semart bergaya cam engineer 2. *opss..lebih-lebih pulakkk*.
Tak pe la diorang kata nanti bulan 3 ada lagi. Bagi sesapa yang rasa dia berisi & darah banyak 2, derma la ye. Esok-esok kita tak tau macam mana kan. Kot-kot la kita yg perlukan darah yang banyak ka. Mana nak cekau bekalan darah time kritikal 2?? Ha...jawablah sendiri. Soalan retorik 2. Dermalah darah bila ada kesempatan ya. Moga-moga hidup kita sentiasa diberkati. Amin...
2 comments:
sukeee derma darah..baru 1-2 bln lepas menderma..hehe :)
bgs2...derma byk2 sket..huhu
Post a Comment