Friday, February 26, 2010

Sedikit Perubahan

Assalamualaikum... Sukacitanya dimaklumkan, belog afizzat.blogspot.com telah dihentikan operasinya. Tapi, jangan risau kerna belog ini masih lagi available & takkan didelete. Kepada penyokong & pembaca setia afizzat.blogspot.com, teruskan menyokong saya di afizzat.com. Update link saya ye..

Saya kini di

Sunday, February 14, 2010

Perlu Ke Buat Entri Pasal Valentine's Day?

Assalamualaikum... Kenapa semua orang nak cerita pasal Valentine Day?? Sebab ainie 14 Februari ka?? Perlu ka buat cerita pasal VD?? Ah, aku pun nak buat jugak nih.. Jom kita ramai-ramai buangkan budaya & pemikiran mengenai Valentine nie.

Aku rasa (pendapat aku aje, mungkin betul, mungkin salah), salah satu cara yang agak terbaekkk nak hapuskan budaya Valentine yang wujud kat masyarakat kita nie, adalah dengan membuang pemikiran mengenai Valentine tersebut. Amacam?? Betul x?? Ok memandangkan ramai dah buat entri pasal valentine, tak mengape la. Tapi kita setkan lam kepala, habis aje baca nie, terus lupakan valentine. Moga-moga tahun depan blog-blog Malaysia valentine-free..Amin..

Cantik kan wallpaper nie. Klik untuk download

Bagaimana lupakan boleh membantu? Sebab kita terlalu fikir sangat pasal benda yang sememangnya dah haram. So, bila mentaliti valentine dihapuskan sikit demi sedikit, insya Allah tak mustahil generasi akan datang tak tahu ape itu valentine.

Tapi, kita-kita yang berblogging nie, berapa ramai yang berani tegur direct pasangan bukan muhrim & muhrim yang Islam yang sambut valentine?? Mesti tak banyak kan. Kalau ada 2, Alhamdulillah ada jugak manusia yang berani menegakkan syiar Islam. Bagi yang tak berani @ tak berapa berani @ tak boleh tegur, cukup kalau setakat cegah dengan hati & pemikiran. Benci valentine, buang dari kotak akal fikiran. Delete habis..

Saturday, February 13, 2010

Merantau Warrior : Movie Yang Wajib Ditonton

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..Eh, nak tanya korang sket. Industri filem & drama tempatan ada tak ceta yang aksi-aksi lawan-lawan. Bukan pakai pistol tembak-tembak, tapi yang tumbuk tampaq sepak tendang terajang sampai darah-darah tu..Seingat aku, nenek kebayan ada sket kan aksi silat nenek kebayan ngan cucu dia masa mula-mula cerita 2.

Maaf kalau ada banyak. Aku tak da peluang nak tengok cerita-cerita kat TV. *ada P1 WiMAX la nie, mana tengok tv dah*. Yang selalu kita tengok tema drama & filem kita, pasal cinta, orang kaya nak berebut harta, ceta lawak, ceta lawak yang ntah hape-hape ntah. Tak meluas genre. *Ok fine aku melalut. Tak cukup ilmu nak olah*


Korang dah tengok Merantau Warrior?? Aku baru habis tengok, terus tulis entri nie.Hehe. Ceta Indon yang berkisar mengenai seorang anak lelaki dari Kinabatangan keluar merantau ke Jakarta untuk menguatkan ilmu silat dia. *Tak sure sgt*. Ceta nie memang best. Diorang paparkan aksi lawan-lawan silat (hero aje silat, org jaat xpun).

Koreograf lawan-lawan 2 sangat kreatif, menarik & unik. Tapi ntah la kenapa kadang-kadang aku tengok aksi lawan dari penjahat cam kaku sket. Cuak kot. Dari segi teknik, memang ada teknik lawan yang baru. Kira tak la boring kan kalau dihidangkan dengan aksi yang berlainan sket setiap kali. Ceta nie diserikan lagi dengan kehadiran heroin yang sangat comel (bagi aku la.hehe)*Sisca Jessica namanya*. Ceta ape yang tak da heroin kan.

 See? Maintain comel walaupun tengah marah hero

Lagi, jalan cerita nya senang nak faham & bahasa yang diorang guna boleh la gagah-gagah nak faham. tak banyak sangat dialog ceta nie. Lawan-lawan banyak la. Nie salah 1 kelebihan ceta  nie. Dialog banyak nanti cepat boring tapi kalau ceta menarik cam I Love You Man (baru tengok semalam) ok la kot. Lagi, ada mat salleh sebagai bapak ayam yang sangat kejam. Tapi last-last, kaw-kaw la kena belasah.

 Penat ha hero 2 lawan

My verdict: Korang download la ceta nie kat syok.org & tengok ngan kawan-kawan ka, family ka, xpun sorang-sorang atau kalau nak tengok ngan awek/pakwe pun boleh. Teknik penggambaran dia sangat ada style. Filem silat yang terbaik tahun nie la kiranya.

Nota kaki: Malaysia bila plak nak buat ceta yang memartabatkan seni bela diri Melayu nie.

Siapa Yang Cakap Maxis Broadband Slow?

Klik gambar utk tengok lebih jelas

Sape cakap Maxis Broadband tak laju?? Nah tengok speed atas tu..Lajukan... 300KBps = 2.4Mbps owh. Siyes laju gila. Aku sekarang di Seksyen 18 Shah Alam. Ini adalah salah satu sebab aku jatuh cinta kat Maxis Broadband, cumanya polisi penggunaan adil (Fair Usage Policy) tu la aku tak berapa berkenan sangat.

Btw, speed camnie susah gak kot nak dapat. Kena guna time orang laen dah tidur. & sebagai peringatan, jagalah aktiviti download broadband korang. Jangan sampai dah cukup limit, nanti bila speed kena capped, mula la nak maki hamun, hampuk laptop, baling modem ke dinding. Hui..Jangan la buat camtu. Aku tak ape sebab besok Fauzan dah nak terminate Maxis Broadband nie. Sebab kami memilih untuk amik P1 plak. So, sedut bandwidth puas-puas la malam nie...

Friday, February 12, 2010

Avatar: Kena Tengok Movie Nie

Salam alaik.. Korang semua dah tengok Avatar?? Mesti belum kan..Best doe, korang semua patut tengok..Aku baru aje habis tengok tadi kat TGV Sunway Pyramid petang td. Layan habis la dari pukul 3..45 smpi 6.45..Terlagho kejap tapi mujur sempat jugak nak asar.

Geram aku tengok Colonel & Parker tuh. Haram tak da perasaan belas kasihan langsung. Dah la p duduk kat tempat 'orang', nak musnahkan tempat tu plak. Rasa cam nak hentak ngan 6300 aku aje masa diorang betul-betul depan mata aku.

Aksi lawan-lawan pun gempak, grafik cun beb..Masa diorang baling bom asap kat pokok 2, aku tersentak rasa cam bom 2 nak jatuh kena kepala aku aje. Dem betol..Overall, sangat puas hati dengan movie nie & setimpal kot dengan bayaran tiket RM18. Real gila, rasa cam aku ada dalam ceta 2 sekali tadi. Korang pi la tengok tau...

Mahal kan tiket. Avatar 3D, mesti la mahal sikit. Nak beli ngan harga student, tak dapat pulak. Sep betol diorang...

Tuesday, February 9, 2010

Kelibat Oren Yang Sangat Comel

Salam semua. Nak kongsi something ngan korang sebelum tidur. Tak tau la kot-kot benda nie dah lama, tapi aku baru tau. Layanzz...."Haha Zamy, hang mls buat, meh aku yg kongsikan*.


Amacam?? Ok tak?? Selamat malam semua.. Jangan lupa baca doa tidur.

Saturday, February 6, 2010

Judi Perosak!!!

Salam semua..Syiok dapat habis masa dekat 2 jam belajar GIMP. *Tsk..buang masa gila.Padahal minggu depan kena hantar emel memo, ada test fizik & psychology, kuiz C++..* Aku dah ada cogan kata senirik dah..Eh, orang panggil cogan kata ke ek?? Ka lebih kepada tagline ek?

"Jauhilah Judi! Judi Merosakkan Hidup Anda" ialah prinsip yang mesti aku pegang dalam hidup nie. Moga-moga kita semua dijauhkan dari perkara-perkara yang ada unsur-unsur judi nie ye..Amin...

Alahai Dunia...

Assalamualaikum & salam sejahtera. Hari ini, Harian Metro menggemparkan kta dengan tajuk "SETAN 3 SERANGKAI". Pergh tajuknya sangatlah menarikkan. Terer gila diorang buat strategi nak tarik pembeli. No wonder lah ianya akhbar harian bahasa malaysia no 1.


Kesian wanita 2, diri yang tak bersalah, kena rogol. Yang lelakinya pulak, kenapalah letak otak kat tapak kaki, nafsu di atas kepala. Aduyai..Malaysia pun dah tak berapa nak selamat dah sekarang nie. Pada wanita, pakailah sopan-sopan ye supaya nafsu si lelaki tak naik. Yang lelaki, jauhilah pandangan 2...

Eh, lagi 1 perkara, akhbar tu pun satu hal jugak. Buat liputan & ulasan 2 pun, kawal la sama isi kandungan.Nie tak, cerita habis gambaran aksi dalam video 2. Lagi, dah video tu tersebar kat internet, p heboh plak tajuk video 2. Secara tak langsung, diorang sebarkan jugak video 2. Tak pasal-pasal orang yang baca (especially lelaki) p daftar maxis@celcom broadband @ P1 WiMAX untuk surf internet cari video 2.*ok part p daftar 2 agak melampau sket.hehe*
KUALA LUMPUR: Tragis apabila seorang gadis berusia 20 tahun diperlakukan bagai haiwan oleh tiga lelaki durjana yang memperkosanya bergilir-gilir sebelum aksi itu dirakam dan kini diedar secara meluas melalui telefon bimbit dengan judul ‘Kena Rogol’
~Petikan berita~

Semoga wanita 2 diberi kekuatan untuk tempuhi hari yang mendatang. Someone kena tolong beliau. Takut-takut nanti terlalu tertekan, bunuh diri plak jadi penyelesaian. Kita sama-sama berdoa ye supaya lelaki 'setan' tu terbuka pintu hati untuk bertaubat....

Kenapa Kita Berblogging

Assalamualakum & salam sejahtera semua. Sebelum ape-ape, marilah kita sama-sama berzikir mengingati Allah. Bersyukurlah kerana pada saat nie, kita semua masih mampu menyedut oksigen free yang dikurniakan Allah taala untuk kita hidup di dunia nie. Alhamdulillah.....

Ok, aku tengah sakit-sakit kepala (kecoh 2 pn nak bgtau), saje cek profil blogger nie. Rupanya aku dah mula blogging sejak Oktober 2008. Dah setahun lebih dah. Thanx bebanyak kat Raja Alaudin kerna membagi aku semangat nak mulakan blog. Tapi aku mula aktif sejak aku daftar nuff. (nak cari duit lebih kan.hehe)...

Dulu-dulu, aku niat blogging sebab nak improve aku punya writing skills in english. Sebab skills aku sangat lah kureng & dah macam budak sekolah rendah aje.(rsnya budak sekolah lagi terer dari aku). But when time goes by, aku dah makin malas nak menulis dalam bi.

Move on, aku blogging just for fun. Bila dah tau pasal Nuffnang, mula semangat sebab nak kumpul duit sampingan. Aku letakkan DUIT itu sebagai main purpose aku untuk blogging. Tapi, menyedari diri yang tak berapa berbakat nak mengarang, aku letak DUIT sebagai perkara sampingan. Main purpose sekarang, just for fun, just like my dirty little diary (jadah ape aku cakap nie ekk??taip smbil2 dengar dirty little secret by all american reject), supaya bila dah besar nanti (insya Allah kalau dipanjangkan umur) boleh aku kenang balik memandangkan aku ada masalah susah mengingat.

So, korang semua camna?? Ape main purpose nak blogging. Kalau DUIT main purpose, jangan la buat entri mengarut-ngarut cam aku. Dan yang paling penting sekali, jangan jadikan perkara tak baik sebagai topik entri. Contohnya buat pasal lucah, fitnah, hasutan. Rezeki yang kita dapat melalui keyword-keyword lucah nak tarik pengunjung ke blog 2, wallahualam keberkatannya...

Ok selamat beramal ye semua..Dan ingatlah satu perkara penting yang jarang diisuutamakan iaitu JUDI. JAUHI JUDI KERNA IANYA MEMUDARATKAN HIDUP..

Friday, February 5, 2010

Jom Kita Derma Darah Ramai-Ramai Jom

Assalamualaikum & salam sejahtera. Hari Khamis lepas yakni kemarin, pihak Hospital Tengku Ampuan Rahmah datang INTEC buat kempen derma darah. Start pukul 10 pagi habis dalam pukul 3 ptg cam2 la. Tak sangka budak-budak INTEC nie dermawan belaka, ramai giler nak derma darah, termasuklah aku..Hehe..*Sori kejar masa sket. Layan gambO dah la ye*

Excited nak derma darah
Kakak 2 orang tu kontrol habes. (aku pun.Hehe)
Aku berdarah O. Baikkan aku, berkorban untuk orang lain.
Anis dengan darahnya
Nabil pun dengan darahnya.
Muka boring menunggu giliran.

Udah habis gambar. Banyak 2 ja kot yang aku ada. Nak gambar aku derma?? Sebenarnya, aku tak sempat pun nak derma darah aku yang sangat bernilai nie. Dah dapat borang-borang, cek darah, cek tekanan, amik beg darah pa semua siap dah. Tapi kena batal niat sebab aku ada kelas. Ada presentation pulak 2. 2 yg pakai semart bergaya cam engineer 2. *opss..lebih-lebih pulakkk*.

Tak pe la diorang kata nanti bulan 3 ada lagi. Bagi sesapa yang rasa dia berisi & darah banyak 2, derma la ye. Esok-esok kita tak tau macam mana kan. Kot-kot la kita yg perlukan darah yang banyak ka. Mana nak cekau bekalan darah time kritikal 2?? Ha...jawablah sendiri. Soalan retorik 2. Dermalah darah bila ada kesempatan ya. Moga-moga hidup kita sentiasa diberkati. Amin...