Friday, February 26, 2010

Sedikit Perubahan

Assalamualaikum... Sukacitanya dimaklumkan, belog afizzat.blogspot.com telah dihentikan operasinya. Tapi, jangan risau kerna belog ini masih lagi available & takkan didelete. Kepada penyokong & pembaca setia afizzat.blogspot.com, teruskan menyokong saya di afizzat.com. Update link saya ye..

Saya kini di

Sunday, February 14, 2010

Perlu Ke Buat Entri Pasal Valentine's Day?

Assalamualaikum... Kenapa semua orang nak cerita pasal Valentine Day?? Sebab ainie 14 Februari ka?? Perlu ka buat cerita pasal VD?? Ah, aku pun nak buat jugak nih.. Jom kita ramai-ramai buangkan budaya & pemikiran mengenai Valentine nie.

Aku rasa (pendapat aku aje, mungkin betul, mungkin salah), salah satu cara yang agak terbaekkk nak hapuskan budaya Valentine yang wujud kat masyarakat kita nie, adalah dengan membuang pemikiran mengenai Valentine tersebut. Amacam?? Betul x?? Ok memandangkan ramai dah buat entri pasal valentine, tak mengape la. Tapi kita setkan lam kepala, habis aje baca nie, terus lupakan valentine. Moga-moga tahun depan blog-blog Malaysia valentine-free..Amin..

Cantik kan wallpaper nie. Klik untuk download

Bagaimana lupakan boleh membantu? Sebab kita terlalu fikir sangat pasal benda yang sememangnya dah haram. So, bila mentaliti valentine dihapuskan sikit demi sedikit, insya Allah tak mustahil generasi akan datang tak tahu ape itu valentine.

Tapi, kita-kita yang berblogging nie, berapa ramai yang berani tegur direct pasangan bukan muhrim & muhrim yang Islam yang sambut valentine?? Mesti tak banyak kan. Kalau ada 2, Alhamdulillah ada jugak manusia yang berani menegakkan syiar Islam. Bagi yang tak berani @ tak berapa berani @ tak boleh tegur, cukup kalau setakat cegah dengan hati & pemikiran. Benci valentine, buang dari kotak akal fikiran. Delete habis..

Saturday, February 13, 2010

Merantau Warrior : Movie Yang Wajib Ditonton

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..Eh, nak tanya korang sket. Industri filem & drama tempatan ada tak ceta yang aksi-aksi lawan-lawan. Bukan pakai pistol tembak-tembak, tapi yang tumbuk tampaq sepak tendang terajang sampai darah-darah tu..Seingat aku, nenek kebayan ada sket kan aksi silat nenek kebayan ngan cucu dia masa mula-mula cerita 2.

Maaf kalau ada banyak. Aku tak da peluang nak tengok cerita-cerita kat TV. *ada P1 WiMAX la nie, mana tengok tv dah*. Yang selalu kita tengok tema drama & filem kita, pasal cinta, orang kaya nak berebut harta, ceta lawak, ceta lawak yang ntah hape-hape ntah. Tak meluas genre. *Ok fine aku melalut. Tak cukup ilmu nak olah*


Korang dah tengok Merantau Warrior?? Aku baru habis tengok, terus tulis entri nie.Hehe. Ceta Indon yang berkisar mengenai seorang anak lelaki dari Kinabatangan keluar merantau ke Jakarta untuk menguatkan ilmu silat dia. *Tak sure sgt*. Ceta nie memang best. Diorang paparkan aksi lawan-lawan silat (hero aje silat, org jaat xpun).

Koreograf lawan-lawan 2 sangat kreatif, menarik & unik. Tapi ntah la kenapa kadang-kadang aku tengok aksi lawan dari penjahat cam kaku sket. Cuak kot. Dari segi teknik, memang ada teknik lawan yang baru. Kira tak la boring kan kalau dihidangkan dengan aksi yang berlainan sket setiap kali. Ceta nie diserikan lagi dengan kehadiran heroin yang sangat comel (bagi aku la.hehe)*Sisca Jessica namanya*. Ceta ape yang tak da heroin kan.

 See? Maintain comel walaupun tengah marah hero

Lagi, jalan cerita nya senang nak faham & bahasa yang diorang guna boleh la gagah-gagah nak faham. tak banyak sangat dialog ceta nie. Lawan-lawan banyak la. Nie salah 1 kelebihan ceta  nie. Dialog banyak nanti cepat boring tapi kalau ceta menarik cam I Love You Man (baru tengok semalam) ok la kot. Lagi, ada mat salleh sebagai bapak ayam yang sangat kejam. Tapi last-last, kaw-kaw la kena belasah.

 Penat ha hero 2 lawan

My verdict: Korang download la ceta nie kat syok.org & tengok ngan kawan-kawan ka, family ka, xpun sorang-sorang atau kalau nak tengok ngan awek/pakwe pun boleh. Teknik penggambaran dia sangat ada style. Filem silat yang terbaik tahun nie la kiranya.

Nota kaki: Malaysia bila plak nak buat ceta yang memartabatkan seni bela diri Melayu nie.

Siapa Yang Cakap Maxis Broadband Slow?

Klik gambar utk tengok lebih jelas

Sape cakap Maxis Broadband tak laju?? Nah tengok speed atas tu..Lajukan... 300KBps = 2.4Mbps owh. Siyes laju gila. Aku sekarang di Seksyen 18 Shah Alam. Ini adalah salah satu sebab aku jatuh cinta kat Maxis Broadband, cumanya polisi penggunaan adil (Fair Usage Policy) tu la aku tak berapa berkenan sangat.

Btw, speed camnie susah gak kot nak dapat. Kena guna time orang laen dah tidur. & sebagai peringatan, jagalah aktiviti download broadband korang. Jangan sampai dah cukup limit, nanti bila speed kena capped, mula la nak maki hamun, hampuk laptop, baling modem ke dinding. Hui..Jangan la buat camtu. Aku tak ape sebab besok Fauzan dah nak terminate Maxis Broadband nie. Sebab kami memilih untuk amik P1 plak. So, sedut bandwidth puas-puas la malam nie...

Friday, February 12, 2010

Avatar: Kena Tengok Movie Nie

Salam alaik.. Korang semua dah tengok Avatar?? Mesti belum kan..Best doe, korang semua patut tengok..Aku baru aje habis tengok tadi kat TGV Sunway Pyramid petang td. Layan habis la dari pukul 3..45 smpi 6.45..Terlagho kejap tapi mujur sempat jugak nak asar.

Geram aku tengok Colonel & Parker tuh. Haram tak da perasaan belas kasihan langsung. Dah la p duduk kat tempat 'orang', nak musnahkan tempat tu plak. Rasa cam nak hentak ngan 6300 aku aje masa diorang betul-betul depan mata aku.

Aksi lawan-lawan pun gempak, grafik cun beb..Masa diorang baling bom asap kat pokok 2, aku tersentak rasa cam bom 2 nak jatuh kena kepala aku aje. Dem betol..Overall, sangat puas hati dengan movie nie & setimpal kot dengan bayaran tiket RM18. Real gila, rasa cam aku ada dalam ceta 2 sekali tadi. Korang pi la tengok tau...

Mahal kan tiket. Avatar 3D, mesti la mahal sikit. Nak beli ngan harga student, tak dapat pulak. Sep betol diorang...